Wednesday, October 8, 2014

Assalamualaikum...ha.. selamat datang blog ke ikhwan ni saja saja je ..nk kongsi kan maklumat soalan bocoq ka? lawak2 ka? apa2 ? utk kite semua jom hantar apa-apa klu maklumat lagi bagoih ...dah dah ikhwan nk menjamah selera bye.. ^_~
          Cara-cara mengatasi tekanan

Pelajar-pelajar sering berhadapan dengan tekanan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Kemukakan pendapat anda tentang cara-cara untuk mengatasi tekanan.

            Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora. Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berbeza-beza  tahapnya. Tekanan yang dihadapi oleh golongan dewasa mungkin akibat memikirkan masalah keluarga, kewangan atau kerjaya, manakala bagi remaja pula tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan atau masalah yang berkaitan dengan keluarga. Bagi sesetengah orang, tekanan mungkin membawa  kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan, manakala yang lainnya pula menganggap tekanan sebagai sumber kesengsaraan dan penderitaan  sehingga tekanan yang dihadapi  itu  membawa kepada pengakhiran kehidupan. Sebagai pelajar, saya juga tidak terlepas daripada menghadapi tekanan yang berpunca daripada pelbagai faktor terutamanya faktor pelajaraan. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, beberapa langkah telah saya ambil bagi menangani masalah tekanan.

            Kehidupan yang terlalu sibuk menyebabkan kita sering melupakan kegiatan yang sangat berfaedah untuk kesihatan fizikal, mental dan psikologi kita. Kegiatan tersebut ialahriadah, iaitu aktiviti yang sering dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada hujung minggu. Antara kegiatan riadah yang kerap saya lakukan ialah berbasikal, joging, bermain futsal, bermain badminton, bersiar-siar di taman rekreasi dan memancing ikan. Selepas bermain futsal dan badminton umpamanya, selain peluh mengalir membasahi tubuh, kepenatan akan dapat dirasakan. Selepas mandi dan membersihkan diri, saya akan berehat melepaskan lelah. Keadaan akan menjadi lebih baik apabila saya dapat melelapkan mata. Oleh sebab kepenatan selepas melakukan riadah, saya akan  tidur dengan sangat lena. Hilang sebentar segala masalah yang membelenggu diri. Tekanan pun menghindar dan akhirnya fikiran menjadi lapang. Ada waktunya saya melakukan riadah bersama-sama ibu bapa saya. Peluang keemasan itu saya gunakan sepenuhnya dengan melakukan perbincangan, sama ada yang berkaitan dengan masalah peribadi, mahupun masalah pelajaran yang sering memberikan tekanan kepada saya. Lantaran itu, saya menganggap kegiatan riadah sebagai serampang dua mata yang membantu meningkatkan kesihatan diri di samping menjadi salah satu cara untuk mengurangkan tekanan.

Sesungguhnya saya amat meyakini bahawa cara kita berfikir amat mempengaruhi kesihatan diri, terutamanya kesihatan mental. Lantas, demi memastikan saya  memiliki kesihatan yang baik tanpa menghadapi tekanan, saya  sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan sukar. Apabila menerima pujian, saya tidak akan  berbangga dengan pujian tersebut, sebaliknya saya akan memikirkan sama ada pujian terebut diberikan secara ikhlas atau diberikan kepada saya kerana ada udang di sebalik batu. Berkemungkinan pujian itu diberikan secara bersahaja, atau jika tidak pun saya menerimanya sebagai satu penghargaan. Bagaimanapun, jika kritikan atau teguran       pula yang diberikan, saya akan menerimanya dengan minda terbuka dan menganggapnya sebagai kritikan yang membina. Ibu sering mengingatkan saya bahawa kritikan yang diberikan oleh seseorang itu sebenarnya lebih ikhlas dan memiliki nilai kejujuran berbanding dengan pujian yang selalunya lebih bersifat palsu. Di sebalik kritikan yang diterima itu saya akan melakukan muhasabah diri lalu membaiki segala kekurangan yang ada agar saya tidak menerima kritikan yang sama pada waktu yang lain pula. Sekiranya saya tidak dapat menerima kritikan  tersebut, fikiran akan menjadi tidak menentu dan kusut, lalu akhirnya saya akan terjerat dalam kancah tekanan yang melampau. Natijahnya, saya sentiasa menghadapi tekanan dengan fikiran yang positif.

Saya ialah penggemar dan pencinta muzik sama ada muzik ciptaan anak tempatan mahupun muzik antarabangsa. Seandainya muzik tidak didengar menerusi cakera padat, masih ada muzik di dalam jiwa saya yang membuatkan kaki bergoyang. Bagi saya, muzik pencetus kegembiraan dan keceriaan, walaupun sesekali muzik mengundang kesedihan dan kedukaan. Hal ini bertepatan dengan pandangan ahli-ahli psikologi bahawa muzik merupakan salah satu wahana terapi yang efesien dan sumber ketenangan fikiran yang sering diabaikan. Apabila muzik bergema, hati akan dibuai oleh alunan melodinya sehingga di luar kesedaran diri, saya seperti berada di alam yang lain. Muzik yang rancak akan menyebabkan kaki bergoyang, manakala muzik sentimental pula akan menjadikan diri dibuai perasaan.  Seni katanya yang melankolik akan menyumbang ke arah penghayatan yang tinggi seolah-olah saya turut merasakan kedukaan yang sedang dialami oleh pelantun lagu tersebut.  Jika tekanan menghimpit perasaan, tanpa disedari saya telah melupakan sebentar tekanan tersebut dengan bantuan muzik. Hal ini bertepatan dengan kata-kata pujangga yang menukil bahawa muzik tak mungkin dapat dipisahkan daripada jiwa setiap manusia. Tanpa muzik juga kehidupan akan menjadi sepi.  Oleh itu, muzik bukan sahaja dapat menghiburkan hati, malah  muzik seperti memiliki kuasa magis  yang berupaya mengurangkan tekanan yang saya hadapi, bertepatan dengan maksud peribahasa sambil menyelam minum air.

Saya juga menjadikan ibadat sebagai salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Setiap hari saya akan mendirikan sembahyang, sekurang-kurangnya lima kali sehari kerana sembahyang merupakan tiang agama. Apabila saya tidak mendirikan solat, hal ini bermakna runtuhlah agama saya. Sesungguhnya, sembahyang memberikan ketenangan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Sembahyang yang khusyuk akan menjadikan saya melupakan semua tekanan yang saya hadapi, malah saya dapat merasakan betapa dekatnya diri  saya dengan Yang Maha Pencipta. Jiwa berasa tenang dan damai, hati juga menjadi bersih. Benarlah seperti yang pernah dikatakan oleh  seorang penceramah gaya hidup sihat, Encik Norhisham Mustaffa bahawa sembahyang merupakan senaman yang paling ampuh untuk memberikan kesihatan terbaik buat tubuh badan kita . Ketika rukuk dan sujud, darah akan mengalir dengan lebih sempurna di tubuh kita. Demikian juga ketika saya duduk di antara dua sujud dan duduk tahyat awal serta akhir, kedudukan tubuh dan jari-jari kaki memberikan bentuk senaman yang begitu berkesan. Selepas mendirikan solat, saya akan berzikir yang mampu membersihkan dan memberikan kedamaian kepada hati serta jiwa. Saya sangat menyedari dan menginsafi bahawa hanya Allah yang dapat membantu saya dalam segala hal. Lantaran itu, saya menjadikan ibadat sebagai usaha yang terbaik untuk menghindari dan mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Melancong merupakan aktiviti kekeluargaan yang amat saya nanti-nantikan. Setiap tahun ayah dan ibu akan membawa saya serta adik melancong ke luar negara. Sehingga kini kami telah melawat Indonesia, China, Kemboja dan India selain melancong di dalam negara. Sejujurnya, setiap kali melancong saya dapat merasakan keterujaan dan kegembiraan yang membolehkan saya melupakan segala masalah yang membelenggu fikiran. Secara tidak langsung, tekanan yang mengganggu fikiran yang berpunca daripada masalah yang dihadapi dapat saya atasi atau setidak-tidaknnya dapat saya lupakan sebentar. Ketika melancong itu, saya dapat menikmati keindahan dan keunikan panorama negara lain di samping menambahkan pengetahuan tentang budaya dan sejarah negara tersebut, bertepatan dengan maksud peribahasa jauh berjalan luas pandangan. Ketika melawat Solo dan Jogjakarta di Pulau Jawa, Indonesia umpamanya, saya dapat menyaksikan keunikan budaya mereka walaupun kita masih dalam rumpun yang sama, iaitu Melayu. Seni tari mereka sangat halus dan mempesona berdasarkan gerak jari tangan, kaki dan tubuh mereka dengan iringan muzik gamelan yang syahdu. Adat di keraton pula masih dikekalkan untuk tatapan pelancong walaupun sistem pemerintahan beraja tidak lagi diamalkan di republik tersebut. Keunikan Candi Borobudur amat mengagumkan dengan seni binanya yang amat halus. Keseluruhan aktiviti ketika melancong itu termasuk sesi membeli-belah cukup membantu saya melupakan segala tekanan yang dihadapi.

Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai usaha yang saya lakukan untuk menghadapi tekanan dalam kehidupan. Walau apa-apa pun yang berlaku, mahu atau tidak, saya terpaksa menghadapi segala tekanan yang ada demi kelangsungan hidup yang lebih bermakna. Tekanan merupakan masalah dan tekanan juga merupakan sumber motivasi, justeru tanpa tekanan, hidup kurang berseri umpama pokok yang tidak berbunga. Dengan tekanan jugalah fikiran saya menjadi lebih matang dan dewasa. Di sebalik ketabahan saya menghadapi tekanan itu, saya masih memerlukan insan lain untuk menghadapinya dengan lebih rasional. Dalam hal ini, kedua-dua ibu bapa akan menjadi sumber rujukan saya di samping rakan-rakan sebaya yang rapat hubungannya dengan saya. Saya juga tidak melupakan guru yang mendidik dan mengajar saya menjadi insan berilmu. Sesungguhnya, hanya dengan ketabahan dan keimanan yang kukuh dapat membantu saya menghadapi semua tekanan dengan tenang.

                                                                                                (1247 patah perkataan)

Ciri-ciri remaja berilmu


“Jika kita ingin melihat dunia pada masa hadapan, lihatlah pemuda-pemudinya yang hidup pada hari ini”. Demikianlah pepatah Arab yang mengetengahkan betapa besarnya peranan remaja pada masa ini. Adakah remaja  pada hari ini hebat-hebat belaka sehingga dipertanggungjawabkan sedemikian? Sejauh manakah ilmu seseorang remaja itu untuk mendominasi masa hadapan yang cemerlang, gemilang dan terbilang? Di sinilah terletaknya martabat ilmu yang sangat tinggi nilainya untuk dimiliki oleh seseorang remaja. Namun, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menjadi remaja yang berilmu?

Pertama, remaja tersebut hendaklah mempunyai kerajinan yang tinggi agar tidak alpa dalam kehidupan materialistik masa ini. Kerajinan yang dimaksudkan ialah kerajinan yang menjurus kepada ketekunan remaja tersebut untuk mengulang kaji pelajaran, membuat latihan kendiri, dan menyiapkan kerja sekolah yang telah dibekalkan oleh guru mereka. Ketelitian dan kesabaran dalam menyelesaikan tugasan yang diberi perlu dititikberatkan supaya seseorang itu dapat melatih diri untuk menulis jawapan yang betul dan padat. Latihan secara berperingkat-peringkat perlu dipantau oleh ibu bapa atau guru-guru mereka secara aktif.

Seterusnya, seseorang remaja perlulah bijak mengurus masa dalam kehidupan sehariannya memandangkan masa itu emas. Bagi mengendalikan pengurusan masa yang terkawal, remaja tersebut digalakkan untuk mewujudkan jadual hariannya untuk belajar tetapi masih fleksibel untuk dirinya melakukan perkara lain. Jadual hariannya mestilah merangkumi setiap mata pelajaran yang dipelajarinya dan dibahagikan masa secara adil, bak kata peribahasa, seduit dibelah tujuh. Aktiviti riadah juga signifikan untuk mereka merehatkan minda daripada kekusutan yang dialami sekiranya balajar secara berterusan. Mereka bolehlah melakukan aktiviti senggang seperti berjoging, mendengar muzik, berbasikal dan sebagainya.

Selain itu, untuk menjadi remaja berilmu, individu tersebut hendaklah memiliki disiplin yang cemerlang kerana disiplinlah yang membentuk jati diri seseorang. Patuhilah peraturan-peraturan sama ada di sekolah, di rumah dan sebagainya. Remaja yang bedisiplin dapat mengawal tingkah lakunya dengan baik tanpa teguran daripada mana-mana pihak. Contohnya ialah dating awal ke sekolah, mematuhi peraturan sekolah, tidak merosakkan harta-benda sekolah, dan tidak melakukan jenayah. Maka, remaja itu harus berwaspada dengan keadaan di sekitarnya dan tidak mudah dipengaruhi. Jati diri yang kental sentiasa mengatakan ‘tidak’ kepada sesuatu perkara yang negatif.

Dari perspektif yang lain pula, sikap merendah diri juga perlu untuk menjadi remaja yang berilmu. Jadilah seperti padi yang semakin berisi, semakin tunduk dan bukanlah lalang yang semakin berisi, semakin tegak. Elakkanlah sikap membangga diri dengan ilmu yang kita miliki. Kita sepatutnya merendah diri dengan bertanya kepada guru tentang apa yang tidak difahami sepenuhnya. Dengan ini, kita dapat mengetahui dengan selanjutnya mengenai sesuatu perkara. Bukankah semakin bertambah ilmu kita?

Langkah seterusnya untuk menjadi remaja yang berilmu ialah seseorang itu perlulah menjadikan dirinya sebagai ulat buku. Pelbagai bahan bacaan boleh didapati dewasa ini melalui pelbagai sumber termasuklah pusat sumber, melayari internet, dan juga daripada kedai-kedai buku seluruh negara yang banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Remaja seharusnya mengambil langkah bijak dengan membaca bahan-bahan ilmiah dan bukan sahaja majalah hiburan serta komik. Cukuplah sekadar sebuah buku setiap hari. Jika berkesempatan, tambahlah bahan bacaan ilmiah supaya akal kita sentiasa berkembang dengan input-input baru daripada bahan yang telah dibaca.

Wawasan hidup juga amat penting untuk menjadi remaja yang berilmu. Seorang remaja yang berwawasan akan bersungguh-sungguh untuk mengejar hala tuju yang diimpikan. Setiap perkara yang diidam mesti diikuti dengan usaha yang secukupnya kerana yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang. Misalnya, jika remaja tersebut bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang ahli astronomi, mereka perlulah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menggapai wawasan hidupnya. Sudah terang lagi bersuluh bahawa, tanpa ilmu siapalah kita untuk mengejar angan-angan sedemikian. Janganlah kita menjadi seperti Mat Jenin yang hanya tahu berangan-angan kosong.

Kesimpulannya, pelbagai perkara boleh dilaksanakan untuk menjadi remaja yang berilmu. Remaja yang bijak mengambil kesempatan pasti menjadi remaja yang berilmu. Setiap perkara yang dihajati haruslah diiringi dengan usaha yang proaktif selain berdoa kepada Tuhan bagi mencapai hajat kita. Remaja dewasa ini perlulah menggunakan ruang dan peluang yang ada di depan mata dengan sebaik mungkin kerana pisang tidak berbuah dua kali. Dengan ilmu, remaja mampu menggegarkan dunia ini dengan pelbagai transformasi positif bagi membina pembangunan dan kemajuan yang utuh lagi kukuh jika acuannya juga mantap dan kental.

CAPA RENGAT (BAHARUDDIN KAHAR)















Syarat Wajib Untuk Bahagia Bercinta, Mesti Kena Ada Ilmu.

ilmu
Mahu bahagia dalam bercinta? Mestilah kita perlu ada ilmu
“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”- (Surah al-Nur 24: ayat 26).
CINTA – Penangannya sungguh berbisa. Masakan tidak. Ianya menjadi isu yang tetapenergetic terutama dikalangan remaja, mahasiswa dan mahasiswi.
Bila sebut saja perihal cinta semua ada definisinya. Pandangannya, mungkin pengalaman, mungkin sejarah silam dan 1001 lagi cerita.
Cinta, orang akan bercakap senang tentang perkara ini.
Semua orang boleh komen itu, komen ini, cakap itu dan cakap ini. Hakikatnya yang merasai tetap orang itu, kan.
Umur begini macam ni pandangannya terhadap cinta, umur macam ni sebegini pula. Boleh berubah-ubah. Senang cakap macam ni la. Semua orang ada fasa-fasa tumbesarannya.
Kita setuju itu dan kita kena meraikan setiap pandangan itu. Mungkin sahaja, dari situ kita lebih memahami realiti hidup remaja hari ini, dan cara seseorang memandang cinta itu.
Namun cinta bukan sekadar cakap-cakap sahaja dan cinta bukan sekadar komen-komen sahaja, dan berjanji-janji sahaja.

Nak bahagia dalam bercinta mesti kena ada Ilmu.

Kita mesti kena banyak membaca. Kena banyak meneroka. Kena banyak mendengar. Kena banyak memerhati. Kena banyak muhasabah. Kena banyak berfikir.
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”- ( Surah Al-Hasyr, 59: Ayat 18)

Naluri rasa cinta itu fitrah. Skop cinta itu luas. Jangan disempitkan.

Namun tidak dinafikan bab cinta antara lelaki dan perempuanlah yang menjadi menonjol di kalangan pemuda pemudi selama ini. Namun sejauhmana kita pernah terfikir mengenainya dan duduk merenungi serta berbincang perihal cinta ini.
Akhir-akhir ini, Saya melihat dan memerhati, dan saya menemui sesuatu bahawa persekitaran, kemahuan serta kesungguhan seseorang itu dalam memahami sesuatu hal dapat meluaskan lagi pandangannya terhadap sesuatu perkara.

Seluas mana pemahaman kita mengenai CINTA?

Atau kita selama ini menyempitkkan skopnya, tahu tapi buat-buat tidak ambil endah? Kita buat lenggang kangkung isu cinta ini?
Tenyata kita perlukan vaksin. Cuba buka mata luas-luas.
Mustahil kita hidup berundur ke belakang. Mustahil kita sebegini saja. Cinta awak terhenti bila si dia dah mati?
Matlamat cinta awak terhenti setakat untuk didunia sahaja?
Kalau boleh panjang-panjangkanlah, biar hingga ke syurga ya.. baru la awesome!!
Bila berbicara mengenai cinta, pernah awak terfikir mengenai tanggungjawab yang awak akan galas?
Brothers sisters sekalian dan diri saya juga, tanggungjawab kita  di dunia besar kaitannya dengan akhirat kita.
Termasuk juga bab cinta-cinta ni. Awak nak buat lenggang kangkung ke? Terjun ke alam itu tanpa persediaan? Tanpa usaha?
Di sayangi, menyayangi, gembira, tersengih, kadang kala menangis, bergaduh. Itu saja?
Beginilah, kita tolak tepi semua tu sebentar, mari kita fikir mengenai ini.
Awak jatuh cinta. Ada awak fikir mengenai perhubungan awak? Ada awak fikir tentang Allah redha atau tak. Ada awak fikir, sejauhmana awak nak bawa cinta tu? Ke syurga?
Alhamdulillah jika ya.

Namun hakikat sekarang. Kita harus perhati perbuatan yang dalam bercinta tu.

Nak senarai memang banyak. Tapi saya senaraikan beberapa.
“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”.- (Surah al-Isra 17: ayat 32)
  • Bermesej.
  • Bercalling.
  • Bervideo call.
  • Hantar gambar.
  • Keluar jalan-jalan.
Bukan sehari dua. Itu awak sendiri tahu.
Awak guna duit siapa? Banyak mana deria awak guna? Berbelit-belit kan?

Tenang-tenang. Mari saya jelaskan.

Jika awak masih belajar, ada awak pernah fikir tentang duit itu. Mungkin awak meminjam atau dipinjamkan oleh PTPTN, biasiswa kerajaan Negeri, MARA, JPA,  dan mungkin dari FAMA( father dan mother).
Bagaimana pula dengan amanah masa yang sepatutnya kita gunakan dengan baik, namun habis sia-sia begitu saja? Ada sedar?
Ingatkah kita dengan hari dimana Allah akan persoalkan setiap apa yang kita lakukan. Deria-deria kita menjadi saksi apa yang kita lakukan. Saat mulut dikunci. Deria yang lain akan patuh dan menceritakan perihal kita dihadapan Tuhan.
Mungkin ya, ada yang merancang untuk berkahwin. Namun muhasabahlah, atas dasar rasa suka sahajakah awak membina perkahwinan itu?
Kita pernah dengar ini. Jika benar cinta hendak bersama ke syurga- Hilal Asyraf.
Saya amat tertarik dengan kata-kata ini. Benar. Apalah ertinya cinta jika menghumban dan membawa kita ke neraka. Apalah namanya cinta jika sambil lewa.
Tanggungjawab dan amanah yang ada terabai. Bagai melepas batuk ditangga?
Seolah-olah ini tidak akan dipersoalkan diakhirat kelak. Begitu?
Asyik fikir kahwin, namun persediaannya dan usaha itu ke laut? Tak boleh juga.
Belanja bertunang, belanja hantaran, belanja kad jemputan, khemah, dewan, belanja makanan, belanja karaoke, belanja door gift, belanja pelamin, belanja baju kahwin, dan belanja jurugambar.
Ada pernah fikir?

Itu baru untuk kos kahwin. Pernah fikir yang lebih besar dari itu?

Haaa…Amanah yang kau galas selepas itu.
Nak jalan macam mana? Ilmu dah ada? Planning dah ada? Planning untuk tahun pertama macam mana? Planning untuk 5 tahun akan datang?  Nak tinggal dekat mana? Bil air, belanja makan minum, kereta, nafkah. Semua itu perlu duit.
Bukan saya nak kita pandang pada duit semata-mata. Namun lebih kepada amanah itu dan alam realiti. Jangan hanya tahu berfantasi. This dunya is just temporary.
Awak nak keluarga yang bahagia, itu saya rasa semua orang pun menginginkannya. Cakap saja tidak guna juga kan.
Tapi usaha ke arah itu?

Maka dengan ilmu jawapannya. Belajarlah.

Dengan masa yang ada dan Allah pinjamkan ini, maka belajarlah mencari ilmu tersebut. Sekurang-kurangnya kita berusaha.
Berusaha nak cari redha Allah. Bila Allah redha, InshaaAllah berkatNya juga bersama.
Lagi satu. Jika ditakdirkan awak ada rezeki zuriat. Ada pernah awak fikir bagaimana nak didik dia?
Adakah awak akan cepat melenting, dengan emosi semata-mata. Marah-marah. Bersedia dengan tangisan budak-budak? Karenah-karenah dia?
Kita sekarang diabad ke 21. Kena sedar. Cabarannya makin ekstrim hebatnya. Anak kena dididik dengan agama. Kena kenalkan dengan Allah. Mendidik kena ada ilmu.
Contohi sedaya mampu gaya Rasulullah s.a.w dalam mendidik.
“sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu”.-(Surah Al-Ahzab 33: ayat 21).
Manusia ada fasa-fasa tumbesarannya.
Tahap umur begini, macam ni cara didiknya, tahap umur begini macam ni pula cara didiknya. Ada kita kisah selama ini mengenai itu? Ada kita usaha untuk belajar dan cari ilmu tentang itu?.
Awak salah jika awak hanya lepaskan tugas mendidik kepada guru dan pihak sekolah. Pernah awak bayangkan jika anak awak tanya mengenai bab-bab agama? Allah dekat mana?
Ayah, ibu, ceritakanlah mengenai nabi Muhammad? Kenapa kena solat? Pernah awak bayangkan jika anak awak tanya, kenapa ibu ayah tak solat? Cikgu kata…? kenapa perlu begini, begitu..pernah awak terfikir.
Bagaimana awak akan jawab, berhikmahkah? Tahukah awak cara yang sesuai?. Fikir-fikirkanlah.
Akhir sekali, saya menyeru, diri saya terutamanya, remaja, mahasiswa, dan mahasiswi, Perhatikanlah wajah ibu dan ayah Kita. Kenanglah mereka.
Ingatlah juga, Kita masih belajar. Fokus dan buatlah yang terbaik dalam pelajaran.
Perhatikan juga hubungan Kita dengan Allah. Dekatilah DIA. Cari wasilah-wasilah yang boleh meningkatkan kecintaan kita padaNya. Jaga solat, dan perbaiki ibadah-ibadah wajib.
Binalah diri ke arah yang lebih baik hari demi hari. Andai pernah tersilap langkah, bertaubatlah, banyakkan istighfar dan jangan diragui kasih sayang dan pengampunan Allah.

Jika kita jatuh cinta, maka fikirlah dengan ilmu.

Banyakkan soal-jawab dengan diri, Allah redha atau tidak apa yang aku buat ni? Terlalai dan melalaikan aku kah cinta ini? Pahala atau dosakah dengan perbuatan aku ini?
Dahagalah akan ilmu, belajarlah. Berkasih sayanglah dengan keluarga, guru-guru, dan sahabat serta perbaiki dan jaga juga hubungan sesama manusia.
Dan akhir sekali, sibukkanlah diri dengan usaha pembinaan diri, dengan aktiviti berfaedah.
“Ketika cinta menyapamu, janganlah silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak?”
Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak islam, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita.
Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya.

Sebab Mengapa Kita Harus Minum Kopi Setiap Hari & Bagaimana Ia Boleh Mencegah Kencing Manis?


kencing manis
Boleh dikatakan bahawa tiada seorang pun orang dewasa di dunia ni yang tidak pernah meminum kopi.

Kopi, minuman ini yang boleh didapati dimana-mana sahaja ini sejak berabad yang lalu.

Sungguh popular dikawasan desa sehingga kebanyakkan lelaki dewasa banyak menghabiskan masa di kedai kopi siang dan malam. Di bandar juga tidak kurang hebatnya dengan cawangan kedai kopi Starbuck boleh didapati dimana-mana sahaja.

Minuman kopi ini pertama kali digunakan oleh ahli-ahli sufi Yaman bagi membantu mereka qiyamullail dan kemudiannya tersebar ke serata tanah Arab.



Orang Eropah mula mengenali kopi ketika pertembungan dan pertukaran tamadun di kalangan bangsa Arab dan Eropah semasa zaman gelap Eropah.

Fakta sains yang dijalankan akhir-akhir ini menunjukkan banyak kelebihan dan kebaikan yang akan diperolehi oleh mereka yang gemar minum kopi setiap hari.

Kopi boleh menjadi suatu bahan yang sangat baik kepada otak, kulit dan tubuh kita. Baca selengkapnya artikel ini untuk mengetahui 9 sebab anda harus sedar dan mula sukakan kopi…

  1. Kita akan mendapat lebih antioksida daripada kopi berbanding bahan lain

Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2005, tiada suatu pun bahan lain yang mampu menandingi kopi dalam membekalkan antioksida.

Walaupun sayur-sayuran dan buahan juga mempunyai banyak antioksida, tubuh manusia lebih cenderung untuk menyerap lebih banyak antioksida daripada kopi.

Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.

Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.

  1. Hanya dengan menghidu kopi sahaja mampu mengurangkan stress

Kajian yang dijalankan di Seoul National University mendapati otak yang sedang mengalami tekanan atau stress akibat tidak cukup tidur, dan apabila seseorang itu terdedah kepada aroma kopi, akan mengalami perubahan pada protein yang mempunyai kaitan dengan stress di dalam otak.

Nota: kajian mengenai aroma kopi ini tidak berkaitan secara langsung dengan masalah stress, tetapi hanya stress yang disebabkan oleh rasa mengantuk tidak kecukupan tidur sahaja.

  1. Kopi mampu mengurangkan symptom penyakit Parkinson

Menurut laporan ScienceDaily 2012, dengan meminum kopi boleh membantu seseorang yang mengalami Parkinson mengawal pergerakan mereka.

Dr. Ronald Postuma, pengkaji yang membuat laporan ini, mengatakan bahawa “kajian sebelum ini memang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil kafein mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat Parkinson. Tetapi kajian terbaru ini menunjukkan bahawa mengambilan kafein boleh membantu merawat symptom pergerakan untuk mereka yang telah pun mengalami penyakit tersebut.”

  1. kopi bagus untuk hati dan mencegah dan mengawal DIABETES (kencing manis)

Kopi bagus untuk mengurangkan risiko kanser hati dan kegagalan hati dari berfungsi seperti Cirrhosis. Kopi boleh membantu hati membersihkan racun yang berbahaya seperti pengambilan alcohol.

Mencegah diabetes:
Satu kajian (artikel yang dikeluarkan oleh psipum.org) menyatakan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahawa minum kopi secara berterusan mampu mengurangkan risiko diabetes ataupun dengan nama lain, kencing manis.

Bagaimana ia berlaku?

Kajian tersebut menyatakan bahawa kaffein yang ada pada kopi tersebut memainkan peranan dalam mengurangkan risiko diabetes.

Kajian ini dilakukan terhadap tikus dan ia diterbitkan melalui jurnal ACS’ Journal of Agricultural and Food Chemistry.  Saintis yang menjalankan kajian tersebut memberi minum kopi dan air kepada beberapa kumpulan tikus yang biasa digunakan untuk kajian diabetes.

Konsep yang diketengahkan adalah kafein dapat membantu mencegah paras glukosa yang tinngi dalam badan dan ia juga membantu meningkat sensitiviti insulin.

Seperti yang anda sudah sedia maklum kencing manis (diabetes mellitus) merupakan antara penyakit yang banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia.

Disebabkan dengan budaya pemakanan kita yang sememangnya tidak sihat maka penyakit ini boleh dikatakan sebati dengan rakyat Malaysia.

Setiap minuman yang mengandungi gula dan setiap makanan yang mengandungi gula mampu menyumbang kepada penyakit kencing manis.

  1. Kopi boleh membuatkan kita berasa gembira

Kajian yang dijalankan oleh National Institute of Health America, mendapati bahawa mereka yang minum empat cawan atau lebih, kurang atau tidak mengalami kemurungan berbanding mereka yang langsung tidak pernah menyentuh kopi.

Untuk perhatian, ini bukanlah disebabkan oleh kesan kafein yang tinggi, kerana air Coke juga memberi kafein yang tinggi, tetapi ianya  adalah disebabkan oleh antioksida baik yang terdapat dalam kopi tersebut.

  1. Kopi mengurangkan risiko mendapat kanser kulit (Jika anda seorang perempuan)

Hospital Wanita Brigham dan Harvard Medical School yang mendapati 112, 897 lelaki dan wanita yang berusia lebih dari 20 tahun, dan terutamanya wanita yang minum tiga cawan atau lebih kopi dalam sehari, mendapat kurang risiko untuk kanser kulit atau sebarang penyakit kulit yang lain.
Kalau anda ingin kulit yang cantik, rajin-rajinlah meminum kopi.

  1. Kopi aktif mencegah penyakit Gout

The Nurses’ Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini.
Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout.
Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!

  1. Kopi Meningkatkan Stamina Secara Mendadak

Ahli sains dan para atlit sudah lama mengetahui bahawa mengambil secawan kopi sebelum latihan mampu meningkatkan prestasi, terutamanya sukan yang melibatkan ketahanan stamina seperti lari jarak jauh dan berbasikal.
Kafein akan meningkatkan jumlah adrenalin dan membebaskan asid lemak (fatty acid) di dalam aliran darah, dimana membolehkan otot menyerap lemak ini sebagai bahan bakar, menjadikan badan kita menggunakan tenaga secara efektif didalam latihan.

  1. Amalan minum kopi menyihatkan otak dan melambatkan proses nyanyuk

Kajian yang dijalankan oleh University of South Florida dan University of Miami mendapati orang yang berusia lebih 65 tahun yang mempunyai kandungan kafein yang tinggi didalam darah, mengalami penyakit nyanyuk (Alzheimer) 2 hingga 4 tahun lebih lewat dari orang lain yang seusia mereka yang mempunyai kafein yang lebih rendah.

Dr. Chuanhai Cao, pakar neurosains di University of South Florida dan ketua kajian ini mengatakan, “Kami tidak mengatakan pengambilan kopi secara sederhana boleh menghalang dari penyakit Alzheimer secara sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kami yakin dan percaya dengan meminum kopi secara sederhana boleh mengurangkan risiko mendapat Alzheimer atau melambatkannya,”

Kencing Manis: Penyakit yang bahaya yang selalu tidak disedari tetapi boleh dicegah dan  dikawal.

Malaysia negara tertinggi pengidap kencing manis dan ancamannya yang tidak disedari.
Antara penyakit yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia saban tahun adalah penyakit kencing manis (diabetes).

Statistik terbaru menunjukkan 17% daripada keseluruhan rakyat Malaysia pengidap penyakit ini, iaitu 1 daripada 6 orang, dan angka ini bertambah dengan mendadak setiap tahun dan pastinya ia sesuatu yang amat merisaukan.

Dan lebih menarik lagi, dari keseluruhan angka ini, Malaysia merupakan negara juara bagi pengidap kencing manis tertinggi di Asean dan keenam tertinggi di rantau barat Pasifik.

Yang menariknya adalah, kebanyakkan daripada kita langsung tidak sedar dia mengalami kencing manis sehinggalah dia berada pada tahap kronik.

Oleh itu lebih baik anda mengenal pasti penyakit ini sejak dari awal. Apakah symptom-simptom penyakit kencing manis?
  • Kerap kecing dan air kencing yang banyak (siang dan malam)
  • Rasa haus yang amat sangat dan bibir kering.
  • Berat badan menurun mendadak
  • Rasa letih lesu dan kurang bertenaga
Ini adalah tanda-tanda utama dan biasa dihadapi oleh pesakit kencing manis. Jika anda mengalami symptom ini, dinasihatkan supaya segera berjumpa doktor anda untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Info -Aktiviti Sains Yang Menarik Untuk Kanak-Kanak. Mudah & Menyeronokkan

AKTIVITI SAINS YANG MENARIK UNTUK KANAK-KANAK

Banyak aktiviti sains yang menarik untuk kanak-kanak. Jauhkan dari gajet kerana banyak impak negatif dari yang positif. Untuk aktiviti ini, tidak perlu modal besar. Silap-silap, tidak perlu modal langsung.

1. Bina jambatan dengan dua cawan plastik dan kertas yang dilipat. Letakkan beberapa duit syiling sehingga runtuh jambatan. Tambah tebal kertas dan lihat kesan yang berlainan.

Foto Kredit: galleryhip.com
Foto Kredit: galleryhip.com




2. Ambil biji kacang hijau dan ajar anak tentang tumbuhan. Letakkan dalam bekas yang mempunyai kapas basah. Lihat bagaimana benih membesar jadi taugeh!

3. Tebuk dua tin susu dan sambungkan dengan tali. Macam telefon zaman dulu-dulu!

4. Terangkan berkenaan penyerapan air pada anak-anak.  Kemudian menguji teori-teori mereka dengan mengambil barang-barang di rumah anda dan meletakkan mereka di dalam air. Lihat mana yang tenggelam, mana yang timbul.

5. Bawa ke kawasan padang. Tunjukkan pokok semalu. Minta anak sentuh dan lihat reaksinya.

Foto Kredit: andersongrade4.blogspot.com
Foto Kredit: andersongrade4.blogspot.com

6. Beli magnet yang ada Kutub Utara dan Kutub Selatan. Boleh beli di kedai Daiso dengan harga RM5 sahaja. Anak anda pasti teruja melihat magnet yang bergerak-gerak.

7. Kalau ada straw di rumah, boleh cuba. Lipat straw sampai ada gelembung dan minta anak jentik gelembung itu. Kalau tidak malu, boleh cuba di mana-mana restoran selepas selesai minum.
Adakah anda ibu yang kreatif atau seorang guru sains di sekolah? Kongsikan dengan kami apa lagi aktiviti yang menarik, mudah dan menyeronokkan untuk kanak-kanak. Bila penat bekerja seharian, boleh cuba buat aktiviti hujung minggu bersama keluarga.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Malam Ini

gerhana 
Orang ramai di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada petang ini bermula jam 5.15 petang sehingga jam 8.34 malam.

Yang Dipertua Persatuan Falak Syari Malaysia Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, gerhana bulan kelihatan dengan jelas pada waktu Maghrib iaitu terbenamnya matahari di langit barat dan timbulnya bulan purnama di langit timur.



“Ada dua bahagian bayang iaitu dalam dan luar, bayang bahagian dalam dinamakan umbra dan bahagian luar dinamakan penumbra.

“Fasa umbra (U1) berlaku menampakkan gerhana separa bermula pada jam 5.15 petang.

“Gerhana yang jelas masuki bayang umbra bumi (U2) mulai jam 6.25 petang sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 6.55 petang. “Umbra bumi (U3) gerhana penuh berakhir pada jam 7.24 petang dan gerhana separa (U4) berakhir pada jam 8.34 malam,” katanya melalui satu kenyataan.

Kamalzaman berkata, masjid dan surau di seluruh negara digalakkan menghidupkan sunah Rasulullah dengan mengadakan solat sunat gerhana bulan (khusuf alqamar) pada malam ini.

OPEN : Perbanyakkanlah amalan kita dengan amalan bersedekah dan berzikir semasa kejadian ini

Ciptaan Terkenal Yang Salah di Kreditkan

Bila tengok Astro tak sah kalau tak tengok cerita ‘Pawn Star’ atau ‘The Pickers’. Itu memang favorite rancangan aku. Kekadang kagum hanya dari barang ‘terbuang’ boleh rolling balik jadi duit.

Di  Malaysia ‘The Pickers’ dah boleh di ibarat dengan bahasa kasarnya ‘keling botol’. Cuma berbeza sikit, barang yang di kutip di pilih berdasarkan nilai sejarahnya tersendiri.

Kalau dah nama sejarah, setiap barang mesti ada asal usulnya. Satu lagi rancangan yang aku suka tengok ialah ‘The New Inventors’. Bagi yang tak tau boleh buka Discovery Sciene dekat Astro Channel 554.

Rancangan ini memaparkan pereka-pereka baru. Kebanyakkan ciptaan-ciptaan baru atau alatan yang di gubah semula bertujuan memudahkan urusan umat manusia.

Banyak  pelopor kepada ciptaan-ciptaan terkenal yang hebat. Di mana sehingga ke hari ini kita masih gunakannya. Berterima kasih kepada mereka.

Tapi sebelum itu, ada ciptaan yang terlupa atau tersalah kredit kepada penemu idea asalnya. Apakah ia?




# 7. Teleskop
Untuk tentukan tarikh puasa, bagi orang Islam mestilah mengetahui ada ke tak anak bulan. Kalau nampak anak bulan barulah di bolehkan berpuasa.

Bagi pandangan mata kasar (rukyah) mungkin sukar untuk melihat anak bulan. Tapi salah satu cara berkesan adalah dengan menghitung melalui hisab (pengamatan astronomi). Kaedahnya dengan menggunakan peralatan Teleskop.

Tahukah korang apakah Teleskop atau Teropong? Teleskop sebenarnya berkeupayan memaparkan sesuatu imej yang jauh dengan lebih jelas. Ianya berfungsi melalui gelombang elektromagnetik.
Penemuan asalnya adalah daripada Hans Lippershey pada tahun 1608. Kemudian barulah Galileo Galileimenaiktarafnya.

# 6. Radio
Bagi yang belajar pasal Teori Medan Elektromagnet pasti tahu unit SI untuk ketumpatan fluks magnetik ialah Tesla (T).

Dengan penemuan gelombang elektromagnet ini oleh Nikola Tesla, maka menemuilah pelbagai jenis lagi variasi gelombang, antaranya ialah gelombang radio. So, dari situlah asal usul sebuah radio.

Penemuan ini diperluaskan lagi oleh Guglielmo Marconi. Setelah di inovatifkan secara komersial, akhirnya, lahir sebuah syarikat Sistem Isyarat dan Rangkaian Radio Telegraf di Britain.

Oleh itu, tak hairanlah penemuan radio di kreditkan kepada Guglielmo Marconi berbanding Nikola Tesla.

# 5. Kapal Terbang
Kalau baca sejarah penemuan kapal terbang di sekolah, pasti nama adik-beradik Wright, Orville dan Wilbur antara pelopor asalnya.

Sebenarnya, lagi tepat kalau kata petani dari New Zealand, Richard Pearse adalah pelopor idea bidang penerbangan.

Adik beradik Wright telah menerbangkan pesawat pertama 9 bulan selepas Richard Pearse mendaratkan sebuah mesin dari udara. Tetapi penemuan itu tak di patenkan oleh Pearse.

Kesempatan tersebut di ambil adik beradik Wright terlebih dahulu untuk beritahu kepada umum. Kesudahannya, mereka berdua lebih di kenali ramai.

# 4. Mentol Lampu

Sekarang terdapat pelbagai variasi lampu. Tapi mentol lampu jenis pijar dah jarang di gunakan.

Kebanyakkan lampu dari jenis pendaflour, halogen, xenon, neon atau LED lebih jadi pilihan. Ini kerana ianya lebih menjimatkan tenaga dan cahayanya lebih terang.

Era lampu bermula dengan penemuan pelbagai jenis logam alkali, klorin dan iodin oleh Sir Humprey Davy pada tahun 1802. Penemuan alkali tersebut di experimen lagi melalui teori kimia sehinggalah terciptanya Davy Lamp.

Pada masa itu Davy Lamp digunakan oleh pelombang-pelombong untuk bekerja di dalam situasi persekitaran yang bergas dan mudah terbakar.

Selepas itu, Thomas Alva Edison pula mula berexperimen dengan idea asal lampu pijar (incandescent) dari Davy. Hasilnya, terciptalah sebuah mentol lampu elektrik yang menggunakan haba wayar filamen dari aruhan elektrik untuk menghasilkan cahaya.

# 3. Automobil

Karl Friedrich Benz merupakan orang pertama yang memperkenalkan kenderaan berkuasa petrol. Kalau nak tahu asal usul nama automobil Mercedes-Benz, jurutera dari Jerman inilah pengasasnya.

Karl Benz mempatenkan semua proses Internal Combustion Engine (pembakaran bahan bakar dalam enjin) pertamanya pada tahun 1879. Di mana dia menggunakan minyak sebagai medium pembakaran.

Pembakaran minyak kemudian dioksidakan dengan udara untuk menghasilkan gas yang menjana tenaga. Maka dari situlah terhasilnya kereta roda tiga (Motorwagen) pertama berkuasa petrol.

Pada tahun 1896, barulah pengasas syarikat Ford, iaitu Henry Ford merevolusikan semula industri automobil. Akhirnya, tercipta pula kereta empat roda (Ford Quadricycle) sehinggalah berkembang dengan pelbagai paten termasuklah juga penghasilan Kapal Terbang semasa Perang Dunia Pertama.

# 2. Internet 
Pengasas internet bermula dengan jurutera dan saintis komputer iaitu Vinton Cerf, Lawrence Roberts, Robert Kahn dan Leonard Kleinrock. Masing-masing berkebolehan dalam pembangunan teknologi seperti TCP/IP dan ‘packet switching’ serta pelbagai istilah komputer yang kita guna sehingga ini.

(Sebenarnya pembangunan dunia internet sedang berkembang pesat. Bagi yang berminat mungkin boleh belajar pasal networking. Ambillah kursus dengan CISCO).

Kemudian, teknologi internet barulah betul-betul di komersialkan oleh aktivis, Al Gore. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan akses internet besar-besaran kepada orang awan. Sebab itulah Al Gore lebih di sinonim dengan kewujudan internet.

# 1. X-Ray
Seperti kewujudan mentol lampu, Thomas Alva Edison juga di kenali dengan pembangunan X-Ray dan pelbagai jenis peranti lain yang mempengaruhi dunia seperti Gramofon (piring hitam) dan kamera filem.

Sebenarnya ahli fizik Jerman iaitu Wilhelm Röntgen yang telah mengesan dan menjumpai radiasi elektromagnet atau lebih di kenali dengan X-Ray pada tahun 1895.

Misteri Air Terjun Tanpa Aliran Jalan Keluar

Misteri Air Terjun Tanpa Aliran Jalan Keluar

Devil's Kettle adalah satu fenomena geologi membingungkan yang terletak di dalam Judge C. R. Taman Negeri Magney di Minnesota, di Amerika Syarikat, tidak jauh dari Utara Lake Superior.

Salah satu air terjun ini agak istimewa. Kira-kira 2.4 km sebelum mengalir ke Tasik Superior, ia berpecah dalam dua oleh saluran berbatu. Bahagian timur jatuh 50 kaki ke bawah dan terus ke arah Lake Superior. Bahagian barat jatuh 10 kaki ke dalam lubang di gergasi - Devil's Kettle - dan hilang. Tiada siapa yang tahu ke mana air itu pergi.



Adalah dipercayai ada jalan keluar di suatu tempat di bawah Lake Superior. Selama bertahun-tahun, para penyelidik telah letakkan pewarna berwarna terang, bola ping pong, dan objek lain ke dalam Devil's Kettle, tetapi setakat ini, tidak pernah dijumpai. 

Misteri ini diburukkan lagi oleh hakikat tiada serpihan terapung yang muncul di satu tempat yang luar pesisir di Lake Superior yang pernah dilaporkan.